Rabu, 7 Januari 2015


1511-1641




1641-1824






1824-1957



 


1941-1945


















Assalamulaikum dan selamat sejahtera,bersyukur kekhadrat Illahi,dengan limpah dan kurnianya dapat juga kami mendalami "ZAMAN PENJAJAHAN DI TANAH MELAYU".Di sini kami ingin menceritakan sedikit sebanyak tentang sejarah yang kami kaji selama ini.Kami juga ingin membantu golongan-golongan muda untuk mudah mendalami tentang ZAMAN PENJAJAHAN serta membantu mereka untuk mudah mendapat ilmu tentang sejarah ini.
   Bermula pada tahun 1511 hinggalah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957,catatan sejarah menunjukan negara ini telah diduduki kuasa-kuasa asing selama 446 tahun.Pendudukan kuasa asing dimulai oleh Portugis (1511-1641),Belanda (1641-1824)dan British (1824-1957).Selain itu,negara juga pernah diduduki Jepun (1941-1945).Di bahagian lain pula,Negeri-negeri Melayu Utara pernah dinaungi oleh kerajaan Siam.

PENDUDUKAN PORTUGIS

  • Portugis berjaya menawan kota Melaka pada tahun 1511.Namun ,Portugis hanya berjaya       menawan kota dan pelabuhan Melaka sahaja. 
  • Secara keseluruhannya,Portugis menduduki Melaka selama 130 tahun,iaitu dari tahun 1511-1641.
  • Alfonso de Albuquerqur yang bertanggungjawab menyusun sistem pentadbiran Portugal di Malaka.
  • Membina sebuah kota iaitu A Famosa untuk melindungi Melaka daripada sebarang serangan.
  • Portugis mengamalkan sistem pentadbiran berbentuk militer atau ketenteraan.
  • Seorang Kapten Angkatan Laut juga dilantik sebagai timbalan kepada Kapten Kota.
  • Golongan tentera diketuai oleh Kapten Jeneral yang berkhidmat setiap tiga tahun.
  • Sistem keadilan diletakan di bawah Ketua Hakim.
  • Majlis Penasihat terdiri daripada tiga badan utama,iaitu Hal Ehwal Militer,Majlis Pentadbiran Sivil dan Kewangan serta Pentadbiran Orang Tempatan.
  • Portugis tewas apabila diserang kuasa tempatan dari Johor yang mendapat bantuan Belanda pada tahun 1641.
  • Semasa zaman pendudukan Portugis di Melaka ,rantau melayu menyaksikan era Peperangan Tiga Penjuru.
  • Portugis tidak dapat meluaskan pengaruhnya
  • Faktor utama Portugis mengembangkan perluasan takluknya adalah untuk menyebarkan agama Kristian. 
PORTUGIS MELAKSANAKAN BEBERAPA SISTEM PENTADBIRAN PERDAGANGAN
  1. Kapal-kapal pedagang diwajibkan membayar cukai enam hingga 10 peratus daripada hasil dagangan mereka.
  2. Setiap pedagang perlu mendapatkan pas kebenaran untuk berdagang terlebih dahulu.
  3. Portugis memonopoli barang-barang dagangan utama,tetapi membeli barang tersebut dengan harga yang rendah dan menjualnya pada harga yang tinggi.
  4. Diskriminasi terhadap pedangan Islam.
PEPERANGAN TIGA PENJURU ATAU PERANG TIGA SEGI,PADA  ABAD KE-16 MELIBATKAN TIGA PIHAK,IAITU:-
  1. Portugis (yang berpengkalan di Melaka)
  2. Aceh
  3. Johor

PENDUDUKAN BELANDA

Pada tahun 1559,ekspedisi Belanda yang terawal tiba di kepulauan Melayu.Belanda berminat berdagang di Kepulauan Melayu,terutama untuk mendapatkan rempah-ratus,buah pala dan kayu cengkih.Belanda bergabung membentuk Syarikat Bersatu Hindia Timur (Vereenigde Oost -Indische Compagnie)atau V.O.C pada  20 MAC 1602.Penubuhan V.O.C untuk menguasai perdagangan rempah dan memonopoli perdagangan bijih timah di Kepulauan Melayu.

BELANDA DI MELAKA
  • Pada tahun 1619,Belanda berjaya menguasai Betawi di Pulau Jawa.
  • Betawi menjadikan pelabuhan perdagangan sebagai alternatif kepada para pedagang dari seluruh negara.
  • Belanda beberapa kali melancarkan serangan keatas Melaka bagi memastikan penguasaan Portugis di Asia Tenggara lenyap sama sekali.
  • Pada tahun 1641, Belanda berjaya mengusir Portugis dari Melaka dengan bantuan Johor.
  •  Belanda dikatakan mengumpul hasil-hasil timah negeri-negeri Melayu berjumlah 500 ribu paun pada abad ke-17 hingga abad ke-18.
BELANDA DI PERAK
  • 1639 Sultan Muzaffar Syah II telah membenarkan Belanda menjalankan perdagangan timah.
  • 1641,V.O.C menuntut monopoli penuh dagangan timah di Perak,tetapi tidak dipersetujui oleh Sultan Muzaffar.
  • Belanda telah menyekat pedagang-pedagang luar di Kuala Sungai Perak seperti dari Aceh,China dan India.
  • Aceh terpaksa tunduk dengan permintaan Garbenor Jeneral Belanda pada ketika itu.(Cornelis van der Lijn)
  • 1651,loji tersebut diserang oleh orang perak dan menyebabkan 27 orang terbunuh dan loji dimusnahkan.
BELANDA DI SELANGOR
  • Sultan Selangor yang pertama Raja Lumu/Sultan Salehuddin.
  • Kuala Selangor ,satu bahara timah dapat dijual dengan harga 38 rial.
  • 1757,Belanda pernah mengalahkan orang Bugis yang menguasai daerah Linggi.
  • Sultan Ibrahim dan Belanda menandatangani perjanjian pada 29 Julai 1786.
  • 1795,melalui surat-surat Kew, Belanda telah menyerahkan Melaka dan semua tanah jajahannya di Timur.
  • Persaingan antara kedua-dua kuasa ini (Belanda dan British) memaksa mereka menadatangani Perjanjian Inggeris Belanda (perjanjian London) pada tahun 1824.

PENDUDUKAN BRITISH

British merupakan satu lagi kuasa barat yang berminat dengan kekayaan Tanah Melayu.British amat berminat untuk menguasai kekayaan ekonomi tanah ini.British bermotifkan dorongan sumber-sumber asli dan faktor ekonomi.Namun lama-kelamaan keinginan terus menguasai ekonomi telah membawa kepada campur tangan politik mereka di Tanah Melayu.

KEDATANGAN BRITISH DI TANAH MELAYU
  • Kapal-kapal British yang kerap ke Selangor atau disebut Country Traders ini merupakan faktor penyumbang pertumbuhan perdagangan di Kuala Selangor.
  • 1778,terdapat 62 buah kapal British telah ke Melaka.
  • 1780,jumlah kapal meningkat kepada 65 buah.
  • 1766,Syarikat Perniagaan Madras' ditubuhkan dan telah pergi ke Aceh dan kemudiannya belayar ke Kuala Selangor untuk memasarkan kain dan seterusnya membeli timah.
  • 1795,British semakin mempergiat usaha untuk memonopoli dagangan Timah di negeri-negeri Melayu terutama di Selangor dan Perak.
  • 1771,Syarikat British bernama Francis Jourdain berjaya mendapat kebenaran Sultan Muhammad Jiwa untuk mendirikan loji di Kuala Kedah.
  • perebutan takhta dan daerah dalam kalangan putera raja serta pertikaiyan antara kumpulan kongsi gelap Cina(Ghee hin dan Hai San) untuk menyuasai kawasan perlombongan bijih timah menyebabkan campur tangan British.

Faktor Kedatangan British ke Tanah Melayu

qEkonomiperdagangan dan perindustrian yang pesat di Eropah.
qPolitik persaingan mencari tanah jajahan sesama Perancis, Itali, Jerman dan Rusia.
qMasalah di tanah Melayu perebutan takhta, kongsi gelap dan perlanunan.
qSumber asli kekayaan Tanah Melayu.




PENENTANGAN TERHADAP BRITISH


     PENENTANGAN DI NANING

Tokoh: DOL SAID
Nama: ABDUL SAID

      FAKTOR PENENTANGAN :
    
      >Mempertahankan kemerdekaan naning
      >Menentang bayaran cukai. 
      >Menentang pelaksanaan undang-undang british

     

     PENENTANGAN DI PERAK

TOKOH: DATO MAHARAJALELA
NAMA: PANDAK LAM BIN MAULUD

FAKTOR PENENTANGAN
§British mengambil hak mengutip cukai.
§Keperibadian british.
§British mencabar ketuanan melayu.
§British mencabuli adat resam melayu.


PENENTANGAN DI PAHANG
TOKOH: DATO BAHAMAN,TOK GAJAH DAN MAT KILAU

FAKTOR PENENTANGA

 Hilang mengutip cukai

 —Pembinaan balai polis di lubuk tua.

 —Ketidakpuasan hati rakyat pahang.


PENENTANGAN DI KELANTAN

TOKOH: TOK JANGGUT
NAMA: HAJI HASSAN BIN MUNAS

FAKTOR PENENTANG
>Ketidakpuasan hati engku besar jeram.
>Pengenalan sistem tanah 1915.
>Pengenalan cukai pertanian yang membebankan.
>Sikap pegawai daerah pasir puteh.

PENENTANGAN DI TERENGGANU

Tokoh: hj abdul rahman limbong
Nama: hj abdul rahman bin hj abdul hamid

FAKTOR PENENTANGAN
>Kerajaan british telah mengenakan cukai tanah dan rakyat dikenakan cukai kepala.
—>British memperkenalkan sistem pentadbiran barat yang berbeza dengan sistem
    pentadbiran islam.
—>British memperkenalkan pas kebenaran kepada yang ingin membuka
    tanah,bercucuk tanam dan memugut hasil hutan.

PENENTANGAN DI SABAH

Tokoh: mat salleh
Nama: dato mohamed salleh b.Datu balu.

FAKTOR PENENTANGAN

vPembangunan yang menyukarkan rakyat.
vBuruh paksa.
vMengenakan cukai.

vPerluasan kuasa.

PENENTANGAN DI SARAWAK

Tokoh: rentap
Nama: libau


FAKTOR PENENTANGAN

§James brooke menguasai sungai skrang dan sungai saribas.
>Pemerintahan keluarga brooke.
>Mendirikan kubu di nanga skrang .


JEPUN

LATAR BELAKANG

ØPenjajahan Jepun di Tanah Melayu bermula apabila tentera darat ke-25 menyerang Tanah Melayu pada 8
   Disember 1941.
ØTentera Jepun melancarkan serangan serangan amfibi (amfibious assault) di pantai utara
ØPemuda-pemuda Kesatuan Melayu Muda telah membantu kemaraan tentera-tentera Jepun ke Tanah
   Melayu sepanjang tahun 1941-1942 sebagai penunjuk jalan dan juru bahasa
ØPihak Jepun berjaya menawan Lapangan Terbang Sungai Petani, Butterworth dan Alor Star pada 9
   Disember 1941.
ØTentera Jepun yang mendarat di Kota Bharu berpecah kepada dua bahagian. Salah satu bergerak ke pantai timur
   menuju ke Kuantan, dan satu lagi ke selatan menuju Sungai Perak
ØPada 11 Disember 1941, pihak Jepun mulai mengebom Pulau Pinang.
ØJitra jatuh ke tangan Jepun pada 12 Disember 1941, dan kemudiannya Alor Star pada hari yang sama
ØTentera British terpaksa berundur ke selatan. Pada 16 Disember 1941
Øtentera Jepun yang dipimpin oleh Leftenan Jeneral Takaro Matsui telah ditugaskan menyerang Kedah mula
   mendarat di Singgora

PENTADBIRAN JEPUN DI TANAH MELAYU


a)Jepun memerintah Tanah Melayu bercirikan sistem ketenteraan dengan 

    matlamat utamanya :-

üüMemulihkan keadaan awam

üüJepun memulihkan keadaan masyarakat tempatan yang sebelumnya huru hara 

     dan tidak aman

üüMemonopoli sumber  ekonomi tanah melayu

üüJepun menggunakan hasil ekonomi untuk membantu  masalah yang melanda 

      ekonomi jepun



ANTARA CORAK PENTADBIRAN JEPUN
>Pentadbiran melayu di kenali sebagai Malai Baru  di ketuai oleh seorang President
   Jepun Gunseikan Setiap negeri pula diketuai oleh seorang Gabenor Jepun atau 
    Syuchokan
>Singapura yang dikenali sebagai Syonan ditadbir bersama dengan Malai Baru  dan
 sumatera
>Negeri-negeri melayu terdiri daripada Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis di serahkan kepada Thai pada bulan Ogos 1943.

CARA KEMARAAN TENTERA JEPUN

  • Kapal terbang perang di gunakan oleh tentera jepun untuk menyerang tentera british di tanah melayu
  • Kapal terbang sebagai pelindung oleh tentera darat jepun
  • Kereta kebal penggempur dengan menggunakan kenderaan ini british terpaksa mengundur
  • Jepun menggunakan kereta kebal kecil dan lebih mudah di kendalikan
  • Bot di guna untuk mendaratkan tenteranya
  • Menggunakan basikal tujuan mempercepatkan perjalanan
  • Menggunakan basikal mudah melalui jalan-jalan yang sempit

K   KESAN KEMARAAN TENTERA JEPUN DI TANAH MELAYU

a)  Jepun menguasai Tanah Melayu
— Jepun berjaya menguasai tanah melayu dalam masa 10 minggusebulan lebih awal dari 
  jangkaan mereka
 —Pada 15 Febuari 1942, Tanah Melayu dan Singapura jatuh ke tangan jepun
 —Leftenan Jeneral A.E Percival menyerah diri kepada  Jeneral Yamashita di kelnali sebagai 
Harimau Malaya di Singapura
— Jepun Menggunakan strategi peperangan yang baik dan berkesan

b) Banyak berlaku kemusnahan
üKemusanahan kepada insfrastruktur , ekonomi dan bangunan
üBritish menggunakan taktik bumi hanggus ia telah memusnahkan jalan raya dan
   sebagainya
üC0ntoh kemusnahan ialah jabatan kuala krai, Kelantan, bangunan muzium,
  Selangormembakar telaga minyak di miriSerawak dan memusnahkan dokumen
  dokumen kerajaan

c)  Jepun gagal menguasai bahan mentah Tanah Melayu
üTindakan British berjaya menghalang jepun untuk menguasai bahan mentah di
  Tanah Melayu

d)  Kelemahan tentera British di Tanah Melayu
üTentera British terdiri daripada askar-askar India Gurkha,
   Australia dan British tidak mampu menyekat kemaraan tentera Jepun
üMereka terpaksa berundur ke selatan Tanah  Melayu    kerana bandar
   bandar utama telah di tawan oleh Jepun
ü Tentera British tidak berhasrat mempertahankan Tanah Melayu bersungguh
   sungguh kecuali Singapura
üRejiman askar melayu pimpinan Leftenan Adnan berjuang bermati
   matian demi mempertahankan Tanah Melayu


FAKTOR-FAKTOR KEMARAAN TENTERA JEPUN

A)Perancangan awal perang
üJepun telah menggunakan propaganda
üJepun menjalankan aktiviti perisikan di Tanah Melayu menyamar seperti tukang gambar, penarik beca dan
   sebagainya untuk mendapatkan maklumat

B)Kelengkapan peralatan perang tentera Jepun
üJepun menggunakan kapal terbang moden
üMenggunakan kereta kebal dengan keadaan muka bumi Tanah Melayu yang sesuai

PERANAN KESATUAN MELAYU MUDA (KMM)
A)Kesatuan melayu muda membantu menyebarkan propaganda Jepun kepada
   orang-orang melayu
B)Kesatuan melayu muda memberi maklumat risikan tentang Tanah Melayu
C)Menjadi penunjuk arah semasa kemaraan  Jepun

TANAH MELAYU SELEPAS PENDUDUKAN JEPUN

>Akibat pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki oleh Amerika Syarikat

—>Apabila Jepun menyerah kalah,British mengambil masa 14 hari sebelum kembali 

    semula ke Tanah Melayu

—>Pada bulan September 1945,British telah kembali semula ke Tanah Melayu 

   dan berusaha mengawal kembali

Tiada ulasan:

Catat Ulasan